MENU

.

Sebagai sebuah Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Ketiga selepas Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, MBIP merupakan lapisan yang paling hampir dengan rakyat. Atas sebab itu, MBIP merupakan medan terbaik mereka untuk mengadu di atas segala permasalahan yang melibatkan perkhidmatan perbandaran. Masyarakat setempat kini lebih peka dan cakna terhadap perkembangan persekitaran, justeru itu, pihak MBIP perlulah sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

Tahun 2020 negara kita dikejutkan dengan tamparan Pandemik Covid-19. Sebagai salah sebuah PBT bertaraf bandaraya selama 3 tahun, MBIP juga tidak lari menghadapi cabaran sebagai frontliners dan terus berkhidmat tanpa mengira erti lelah demi kesejahteraan negara bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Berikutan kepesatan teknologi maklumat dan kemajuan perkhidmatan jalur lebar, MBIP terus proaktif dalam melakukan pelbagai inovasi untuk membantu warga bandaraya menyelesaikan urusan termasuk diluar waktu pejabat dengan kemudahan atas talian seperti sistem SMS Parkir, perkhidmatan e-PBT dan e-khidmat secara dalam talian agar masyarakat lebih mudah berurusan dengan PBT tentang pembayaran Cukai Harta dan Kompaun, permohonan lesen serta tempahan dewan dan fasiliti lain.

Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga bandaraya untuk sentiasa memberikan sokongan serta menyumbang pandangan yang positif untuk MBIP bergerak dengan jayanya sebagai organisasi peneraju kemajuan, efektif dan berwibawa dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada warga bandaraya.

 

Sekian, salam hormat. Terima Kasih.

YANG BERHORMAT DATO' HAJI MOHD HAFFIZ BIN HAJI AHMAD
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri