Anugerah

ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2023

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menerima Anugerah Bandar Mampan 2023 melalui Program Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan- Luar Bandar Malaysia (MURNinets 2.0). Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Mohd Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor kepada Yang Berhormat Dato' Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Sunway City Iskandar Puteri untuk dedikasi semua pihak ke arah mewujudkan komuniti 'zero carbon' serta komited terhadap inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SGDs).


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri