Anugerah

ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2023


Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah EMAS sempena Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 yang telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan 2 selaku wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia bertempat di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM).
(AIGA) 2023 merupakan satu anugerah bagi memberikan pengiktirafan dan penghargaan ke atas sektor awam dan swasta yang menzahirkan komitmen dalam membudayakan dan pengamalan integriti, tadbir urus terbaik serta inisiatif antirasuah dalam organisasi.
MBIP telah menjadikan AIGA sebagai salah satu mekanisme penanda aras bagi membudayakan integriti, tadbir urus terbaik dan antirasuah terutamanya dalam organisasi. Selain itu ianya juga merupakan ruang mencungkil keupayaan, kemampuan, komitmen dan kesungguhan warga kerja MBIP dalam usaha pelaksanaan sistem kawalan dalaman pengurusan integriti dan pencegahan rasuah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang AIGA 2023, semoga usaha pembudayaan integriti dan tata kelola baik ini akan dapat melahirkan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera.









PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri