ANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN PERINGKAT BADAN BERKANUN & PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2024
Alhamdulillah, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima ANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN PERINGKAT BADAN BERKANUN & PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2024 dari 153 PBT dan Badan Berkanun di Malaysia sempena MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2024.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia pada 2 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Semoga dengan penerimaan anugerah ini, tadbir urus yang lebih prihatin, kebajikan pekerja, integriti dan amanah seiring tatakelola yang cemerlang terus menjadi amalan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
"PEKERJA KESUMA BANGSA”