ANUGERAH PENARAFAN BANDAR PINTAR EARLY ADOPTER 2024
MBIP TERIMA ANUGERAH PENARAFAN BANDAR PINTAR EARLY ADOPTER 2024 SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TAHUN 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Early Adopter 2024 sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun 2024 peringkat Kebangsaan. Anugerah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada En. Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP selaku wakil rasmi di The Everly Putrajaya.
Anugerah ini mengiktiraf komitmen MBIP dalam memperkenalkan inisiatif bandar pintar yang inovatif dan berfokuskan kesejahteraan komuniti.
Turut hadir, YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta YBhg. Datuk TPr Dr. Allias bin Rameli, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa.
Pengiktirafan ini menjadi pendorong buat MBIP untuk terus melaksanakan transformasi digital bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada warga bandaraya. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong visi ini. Bersama-sama, kita menuju ke arah masa depan yang lebih cemerlang!




