EXCELLENCE IN URBAN ENVIRONMENTAL MANAGEMENT RECOGNITION AWARD
08 September 2025 | Royale Chulan Kuala Lumpur
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima anugerah Excellence in Urban Environmental Management Recognition.
Pengiktirafan ini diberikan hasil daripada kejayaan inisiatif terhadap pengurusan sisa iaitu:
1. Program Kitar Semula Pandu Lalu Drive to Save yang dijalankan secara berkala (bulanan) melibatkan pengumpulan minyak masak terpakai dan barangan kitar semula.
2. Inisiatif Drive-Thru Recycle Booth sempena Minggu Hari Sungai Sedunia yang turut menawarkan program pembelian balik (public buy-back).
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Azhar bin Abd. Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan anugerah tersebut telah diterima oleh Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP.
Usaha berterusan MBIP dalam meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan sisa melalui pendekatan mesra alam, inovasi teknologi, serta kerjasama komuniti dapat memastikan kebersihan dan kelestarian bandar terjamin.
Anugerah ini juga selari dengan aspirasi kerajaan untuk memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal negara melalui dasar kelestarian dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang tahun 2030.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada rakan strategik, komuniti dan semua yang terlibat!



