KEJAYAAN CEMERLANG KIK MBIP : RAIH ANUGERAH EMAS DI ICQCC 2024!
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Extraordinary daripada Jabatan Pelesenan dan Revolution Infinity daripada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta atas kejayaan cemerlang merangkul Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 11 hingga 13 November 2024!
Kejayaan ini adalah bukti usaha, komitmen, dan daya inovasi warga Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dalam menghasilkan idea dan penyelesaian kreatif yang berkualiti tinggi. Semoga pencapaian luar biasa ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus berinovasi dan mencipta kejayaan lebih gemilang di masa hadapan.
Syabas dan tahniah sekali lagi buat KIK Extraordinary dan Revolution Infinity atas pencapaian yang membanggakan ini!