Anugerah

KEJAYAAN PASUKAN KIK MBIP DI MAJLIS PENGANUGERAHAN INOVASI JOHOR 2025!

11 Disember 2025 I Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga-tiga Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) MBIP iaitu Kumpulan Asta Seni daripada Jabatan Bangunan, Kumpulan Microen daripada Jabatan Pelesenan, dan Kumpulan Velocity daripada Jabatan Kesihatan Awam yang telah mewakili Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Sekalung penghargaan dan tahniah khas buat Kumpulan Velocity atas kejayaan meraih Anugerah Projek Harapan. Pencapaian ini membuktikan kesungguhan, kreativiti dan kerjasama padu warga MBIP dalam memperkukuhkan budaya inovasi selari dengan aspirasi negeri dan organisasi.
Kejayaan ini menjadi dorongan untuk MBIP terus memperkasa gerakan inovasi serta menggalakkan lebih ramai warga kerja menyertai KIK pada tahun-tahun mendatang.
Setiap idea membawa potensi besar dan bersama cipta lebih banyak kejayaan untuk MBIP.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri