Anugerah

MAJLIS AMANAT PERDANA INTEGRITI NASIONAL (MAPIN) & MAJLIS ANUGERAH INTEGRITI, GOVERNANS DAN ANTIRASUAH (AIGA) 2025

AIGA 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri yang turut menyampaikan Amanat Integriti Nasional buat julung kalinya. YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) turut hadir mewakili MBIP sempena penyertaan MBIP buat kali ke 3 dalam anugerah berprestij tersebut.
Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) merupakan platform bagi menghargai dan mengiktiraf organisasi dari sektor awam dan swasta yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap integriti, tadbir urus yang baik serta inisiatif anti rasuah yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM).
Penyertaan dalam AIGA 2025 bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, tetapi sebagai satu mekanisme untuk mengukuhkan dan membudayakan nilai integriti di setiap peringkat. Nilai ini menjadi asas kepada pembentukan sebuah organisasi yang berprinsip, berwibawa dan bebas rasuah.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri