Anugerah

MAJLIS APRESIASI PEMBANGUNAN BANDAR MAMPAN DAN BANDAR PINTAR PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

11 Disember 2025 I Amari Johor Bahru

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terus mengukir kecemerlangan dengan meraih Anugerah Bandar Mampan dan Bandar Pintar 2025 Majlis Apresiasi Pembangunan Bandar Mampan Dan Bandar Pintar Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Amari Hotel Johor Bahru.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, kepada Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha MBIP.
Selain itu, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga turut memenangi tempat ketiga bagi Anugerah Khas Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNInets) Peringkat Negeri Johor 2025 sebagai penghargaan atas usaha dan komitmen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam mencapai tahap kemampanan bandar yang cemerlang.
Program MURNInets merupakan satu inisiatif di Malaysia yang dikelola oleh PLANMalaysia untuk menilai dan mengukur tahap kemampanan sesebuah bandar menggunakan 51 indikator utama serta membantu PBT memahami prestasi bandar mereka daripada pelbagai aspek untuk membuat perancangan pembangunan mampan yang lebih baik.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri