Anugerah

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEKTOR AWAM (MSOSH-CUEPACS) KE 43

13 November 2025 I Putrajaya International Convention Centre

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menyertai Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam (MSOSH-CUEPACS) Ke-43 Anjuran Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) pada tahun ini. Penyertaan Anugerah MSOSH adalah kali kedua bagi MBIP dan merupakan penyertaan pertama bagi kategori Sektor Awam – CUEPACS.
Program ini diadakan oleh MSOSH bertujuan untuk memberi penganugerahan kepada PBT dan agensi-agensi lain yang melaksana pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara efisyen. Terdapat tiga (3) kategori bagi penganugerahan ini iaitu :-
a) Safety Excellence Elite Award
b) Safety Excellence Premier Award
c) Safety Excellence Honor Award
MBIP telah berjaya menerima Anugerah Tertinggi iaitu "Safety Excellence Elite Award" dalam penilaian pada kali ini yang diterima oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri