MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KL PARK FESTIVAL 2025
Majlis penuh warna-warni ini disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri TPr (DR.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang KL Park Festival 2025. Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) berjaya mencipta kejayaan membanggakan apabila merangkul tiga anugerah berprestij dalam kategori Malaysian Heritage Awards iaitu :
- Anugerah Cemerlang
- Anugerah Kreatif
- Anugerah Datuk Bandar
Anugerah tersebut telah diterima oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, diiringi oleh Encik Azizul Jabar bin Ismail, Pengarah Jabatan Landskap MBIP sebagai pengiktirafan terhadap usaha kreatif dan komitmen MBIP dalam memperkukuh nilai warisan dan kelestarian bandar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Landskap MBIP yang telah bertungkus-lumus menjayakan penyertaan ini dengan penuh dedikasi. Rekabentuk pameran juga merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Landskap dan Jabatan Bangunan, manakala pengisian pameran disumbangkan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan serta Unit Bandar Pintar (Smart City). Kejayaan ini membuktikan semangat kerja berpasukan serta keazaman tinggi warga MBIP dalam mengangkat nama Iskandar Puteri di peringkat kebangsaan melalui kolaborasi yang mantap dan penuh komitmen.





