Anugerah

MALAYSIA LANDSCAPE ARCHITECTURE AWARD 2025

24 Mei 2025 I Renaissance Hotel, Kuala Lumpur

Hutan Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Mutiara Rini telah merangkul anugerah MLAA15 Honour Award 2025, Government Category - Green Initiatives Awards.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Dato' LAr. Ismail Ngah dan LAr. Meor Saadon Sofian bin Mior Razali, Ahli kehormat Institute of Landscape Architect Malaysia (ILAM).
Anugerah Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA 15) 2025 bermula pada 2007 dan pada tahun ini telah mencapai edisi ke-15. Anugerah industri seni bina landskap berprestij ini diadakan pada setiap tahun bersempena World Landscape Architectural Month.

Anugerah ini juga memberi penghormatan kepada organisasi yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengurusan seni bina landskap dan mendorong kepada sosial serta persekitaran sekali gus, menyumbang ke arah peningkatan kehijauan bandar, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Ia juga merupakan satu pengiktirafan yang mengiktiraf komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan pembangunan hijau. Projek ini menampilkan integrasi landskap semula jadi dengan kemudahan rekreasi moden, memberikan ruang hijau berkualiti tinggi kepada komuniti setempat. Anugerah ini merupakan simbol kejayaan MBIP dalam memacu agenda bandar lestari serta memperkukuh hubungan antara manusia dan alam sekitar.

Tahniah MBIP atas pencapaian ini!








PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri