Anugerah

MBIP JOHAN PERTANDINGAN LAMAN PBT SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA

28 Jun 2025 | Taman Bandar, Bukit Layang-Layang

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah muncul Johan bagi kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran dalam Pertandingan Laman PBT sempena sambutan Hari Landskap Negara 2025. Anugerah disampaikan oleh Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diiringi oleh YBhg. Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) selaku tuan rumah. Hadiah kemenangan telah diterima oleh YBhg. Tuan Hj Ahmad Nazir bin Hj Mohd Nasir, Datuk Bandar MBIP, yang diiringi oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP serta wakil Jabatan Landskap MBIP.
Kejayaan ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen MBIP dalam mewujudkan landskap bandar yang lestari, kreatif dan berdaya huni demi kesejahteraan komuniti. Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MBIP, khususnya Jabatan Landskap, atas usaha gigih dan dedikasi yang membuahkan hasil yang membanggakan ini.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri