Anugerah

MBIP JOHAN PERTANDINGAN LUKISAN MURAL PERINGKAT NEGERI JOHOR 2024

17 November 2024 | Bandar Renggam, Johor
Tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Lukisan Mural sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia Tahun 2024 peringkat Negeri Johor!
Dengan tema ‘From Youth To Youth’, mural ini berjaya mengekspresikan semangat anak muda Johor melalui lakaran yang penuh warna dan kreativiti. Ditambah dengan elemen interaktif dua hala, mural ini bukan sahaja menjadi tarikan visual tetapi juga menggalakkan penduduk setempat dan pengunjung untuk menjalankan aktiviti seperti bermain bola keranjang di kawasan mural.
Konsep ‘genius loci’ yang diterapkan menyerlahkan identiti Renggam sebagai pusat sukan belia, menjadikan lorong belakang ini sebagai lokasi yang aktif dan dinamik.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.
Syabas kepada MBIP atas pencapaian membanggakan ini, sekali gus membuktikan dedikasi dalam memperkasakan seni dan komuniti!




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri