Anugerah

MBIP TERIMA PENGIKTIRAFAN PBT CEMERLANG KEMPEN CEGAH WABAK DENGGI 2025

9 Oktober 2025 | Bangi Avenue Convention Centre

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Pengiktirafan PBT Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran 2025 bagi kategori Kempen Cegah Wabak Denggi, sempena Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT Tahun 2025 yang bertemakan “Persekitaran Sejahtera, Masyarakat Harmoni, Negara Madani.” Anugerah berprestij ini telah disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP sebagai pengiktirafan atas usaha cemerlang dalam penganjuran program berimpak tinggi bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pencegahan denggi.
Kempen Cegah Wabak Denggi tersebut telah dilaksanakan di Flat Pulai Utama pada 5 Julai 2025, dengan tujuan untuk mengekang penularan demam denggi dalam kalangan penduduk setempat serta memperkukuh tanggungjawab bersama terhadap kebersihan persekitaran. Diharapkan agar MBIP terus cemerlang dalam melaksanakan dan menyampaikan perkhidmatan berkaitan kesihatan persekitaran demi memastikan kelestarian dan kesejahteraan warga Iskandar Puteri terus terpelihara.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri