MBIP TERIMA PENGIKTIRAFAN PBT CEMERLANG PROGRAM PEMANTAUAN AUDIT TEKNIKAL (PPAT) JABATAN KERAJAAN TEMPATAN 2024
8 Oktober 2024 | Bangi Avenue Convention Centre
Program Penilaian Audit Teknikal Kesihatan Persekitaran tersebut telah dijalankan pada 11 Jun 2024 yang lalu.
Antara program Kesihatan Persekitaran yang telah diaudit adalah kawalan denggi, kawalan tikus, kawalan kebersihan pasar awam, pengurusan pasar malam, kawalan haiwan terbiar, kawalan kebersihan tandas serta kawalan dan keselamatan makanan.
Diharap agar MBIP terus cemerlang dalam menjalankan dan menyampaikan perkhidmatan berkaitan kesihatan persekitaran. Agenda kesihatan persekitaran ini perlu dititikberatkan demi menjaga kelestarian warga Iskandar Puteri.


