Anugerah

MIP MYPLACE AWARD 2023

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima anugerah Emerald Winner menerusi Majlis Penyampaian Hadiah MIP MyPlace Award 2023 anjuran Malaysia Institute of Planners (MIP) bertempat di Hotel Le Mèridien, Petaling Jaya.
MIP MyPlace Award merupakan satu pengiktirafan kecemerlangan dalam usaha menambahbaik ruang awam dan kawasan yang dapat membawa impak positif kepada komuniti oleh organisasi atau komuniti setempat.

MBIP bersama Ketua Projek Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon, PM Dr Norahim bin Ibrahim berjaya memenangi anugerah bagi Kategori 7 : Urban Farming dengan projek "Best Organic Waste Recycling Habits at Jentayu".
Projek ini telah membuka mata lebih 600 pelajar berkenaan kepentingan pengurusan sisa pepejal yang baik dan kaitannya dengan pencemaran melalui beberapa siri bengkel pengurusan sisa organik dan aktiviti kesedaran rendah karbon, serta telah melahirkan lebih daripada 200 pelajar pendidik.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri