MiSHA ASIA EXCELLENCE AWARD ON OSH PRINCIPLE OF PREVENTION (OSHPoP) 2025
23 Januari 2026 | Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah merangkul empat anugerah berprestij dalam MiSHA Excellence Awards on OSH Risk Management in Government Sector 2025 :
MiSHA ASIA MAIN AWARD
1. GOLD - MiSHA ASIA Excellence Award on OSH Risk Management in Government Sector 2025
MiSHA Asia Specific Award
1. Gold - MiSHA Asia Excellence Award on Environmental Management 2025
2. MiSHA Anugerah Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2025
3. MiSHA Anugerah Kelisa Emas (Individu Cemerlang KKP) 2025
Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.
Yang Berbahagia Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Datuk Bandar MBIP telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan (KKP) 2025. Anugerah Kelisa Emas (Individu Cemerlang KKP) 2025 juga turut diterima oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam MBIP.
Anugerah MiSHA merupakan pengiktirafan terhadap sektor industri yang komited meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja sejajar dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026-2030.
Segulung tahniah juga turut diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kerana telah menerima MiSHA Anugerah Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2025.
Pencapaian ini membuktikan dedikasi MBIP dalam memastikan kesejahteraan warga kerja, pemegang taruh dan ianya sekaligus menyumbang kepada kecekapan sistem pentadbiran secara holistik.






