Anugerah

MiSHA EXCELLENCE AWARDS ON OSH RISK MANAGEMENT IN GOVERMENT SECTOR 2023

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima 2 Anugerah dalam MiSHA Excellence Awards on OSH Risk Management in Goverment Sector 2023 anjuran Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian Malaysia (MiSHA) :
- MiSHA Gold Awards
- Anugerah Tokoh Kepimpinan Terbaik

Anugerah ini telah disampaikan oleh YBrs Tuan Bahrudin bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan) Jabatan Keselamatan dan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur.

MiSHA Awards merupakan satu usaha pengiktirafan terhadap pelbagai sektor industri yang komited dalam meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja. MiSHA memfokuskan kepada prinsip pencegahan dan kawalan risiko yang selari dengan visi kerajaan melalui Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.




PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri