Anugerah

MiSHA EXCELLENCE AWARDS ON OSH RISK MANAGEMENT IN GOVERNMENT SECTOR 2024

17 Januari 2025 | The Royale Chulan Kuala Lumpur

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah merangkul dua anugerah berprestij dalam MiSHA Excellence Awards on OSH Risk Management in Government Sector 2024:

Anugerah Emas MiSHA Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
Anugerah Perdana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)

Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Haji Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Mantan Datuk Bandar MBIP, telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana KKP 2024. Turut hadir bersama Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP bersama pegawai-pegawai MBIP.

Anugerah MiSHA merupakan pengiktirafan terhadap sektor industri yang komited meningkatkan tahap pengurusan risiko keselamatan, kesihatan dan alam sekitar di tempat kerja sejajar dengan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025. Inisiatif ini turut menyahut usaha kerajaan dalam menangani beban ekonomi akibat penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggarkan mencecah RM64.2 bilion.

Pencapaian ini membuktikan dedikasi MBIP dalam memastikan kesejahteraan warga kerja, pemegang taruh, sekaligus menyumbang kepada kecekapan sistem pentadbiran secara holistik.

Tahniah kepada MBIP atas pencapaian cemerlang ini!

#MBIP
#MiSHA2024
#KKP
#IskandarPuteri
#MajuJohor
#BangsaJohor







PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri