PENGIKTIRAFAN ANUGERAH BANDAR MAMPAN
MBIP TERIMA PENGIKTIRAFAN ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2024
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) terus mengukir kecemerlangan dengan meraih Anugerah Bandar Mampan 2024 sempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) peringkat negeri Johor yang berlangsung di Renggam pada 17 November 2024.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, kepada Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memperkasakan usaha ke arah bandar lestari, pintar, dan sejahtera bagi komuniti kita. Syabas MBIP!