PERSIDANGAN PERWAKILAN TRI TAHUNAN KALI KE 28 KESATUAN KEBANGSAAN PEKERJA-PEKERJA PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMENANJUNG MALAYSIA
ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah Cawangan Inovatif atas Pencapaian Cemerlang Kesatuan, Cakna, Kreatif Dan Pro-Aktif dalam Majlis Persidangan Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia kali ke-28.
Anugerah telah disampaikan oleh YB Dato' Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor sebagai wakil rasmi Menteri Besar Johor bertempat di Hotel New York Johor Bahru.
Anugerah ini telah diterima oleh Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman selaku Pengerusi ANULAE cawangan MBIP merangkap Pengerusi ANULAE Perhubungan Negeri Johor bersama Encik Ahmad Zakwan bin Abdul Hamid, Pegawai Tadbir Unit Korporat dan Perhubungan Awam MBIP sebagai wakil rasmi Datuk Bandar MBIP.