RISM EXCELLENCE AWARD 2022
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima penghargaan khas daripada Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) atas usahanya mengangkat Inisiatif Kemampanan (Sustainability) di dalam kawasan pentadbirannya. "RISM Excellence Award 2022" telah berbesar hati menganugerahkan "Outstanding Contribution Towards Sustainability Award" melalui projek Pelan Pemuliharaan Sungai Skudai kepada MBIP. Anugerah ini adalah untuk mengiktiraf individu, organisasi atau pembangunan khusus yang dianggap sebagai sumbangan cemerlang ke arah kelestarian alam sekitar, penggunaan sumber asli yang cekap dan mampu memenuhi keperluan sosial dan aspirasi generasi masa kini dan akan datang. Anugerah sedemikian tidak disampaikan setiap tahun.
Anugerah ini telah disampai pada 25 Jun 2022 di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre oleh Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Dato' Sr Dr. Azhari Bin Mohamed.
Anugerah ini telah disampai pada 25 Jun 2022 di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre oleh Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM), Dato' Sr Dr. Azhari Bin Mohamed.
