AKTIVITI TAHUNAN
KURSUS TRANSFORMASI KEPIMPINAN CEMERLANG
ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima tawaran Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) Tahun 2025 bagi mengadakan kursus kepada ahli ANULAE Cawangan MBIP.
Kursus Transformasi Kepimpinan Cemerlang telah diadakan di Sinar Eco Resort, Pekan Nenas, Pontian pada 23 dan 24 September 2025 (Selasa dan Rabu) yang melibatkan peserta seramai 60 orang terdiri daripada ahli ANULAE Cawangan MBIP.
Pengisian kursus oleh Tuan Haji S. Syed Alwi bin Suleiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor yang menyampaikan taklimat berkaitan Peranan dan Tanggungjawab Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kepada Sektor Awam. Turut hadir bersama Encik Mohd Firdaus bin Juritah selaku Setiausaha CUEPACS Negeri Johor. Seterusnya, taklimat daripada Puan Rafizah binti Abd Manan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Negeri Johor tentang Peranan Kesatuan Sekerja Kepada Ahli dan Organisasi. Aktiviti secara berkumpulan yang dijalankan pula dapat memberi pendedahan kepada peserta kesan positif bekerja secara berkumpulan dapat meningkatkan produktiviti apabila tugasan dapat disiapkan dengan pantas setelah diagihkan mengikut kepakaran, mencungkil kreativiti dan inovasi dalam memberikan pandangan, meningkatkan motivasi dan kemahiran berkomunikasi dalam menyelesaikan konflik, memupuk semangat setiakawan dan rasa kebersamaan.
Secara keseluruhannya, semua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang memberangsangkan bagi menjayakan Kursus Transformasi Kepimpinan Cemerlang bagi merealisasikan komitmen ANULAE Cawangan MBIP terhadap aspek kepimpinan yang cemerlang bukan sekadar mempunyai ilmu pengetahuan atau kemahiran berkaitan bidang kepimpinan bahkan menjadi insan yang mempunyai akhlak yang mulia, sifat ikhlas, jujur dan berintergriti kepada diri sendiri dan organisasi serta berusaha memperkembangkan potensi diri dan prestasi kerja selari dengan prinsip ‘Kerja Adalah Ibadah’.

KEJOHANAN BOLING KALI KE-3 ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
Kejohanan Tenpin Boling kali ke-3 ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang diadakan pada 22 Februari 2025 (Sabtu) di Lite Superbowl, Leisure Mall, Taman Pelangi Johor Bahru telah dirasmikan oleh Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman selaku Pengerusi ANULAE Cawangan MBIP. Kejohanan ini telah disertai oleh 55 orang Ahli ANULAECawangan MBIP yang terdiri daripada 39 orang lelaki dan 16 orang wanita.
Kejohanan boling kali ke-3 ini merupakan salah satu program yang sangat digemari oleh ahli ANULAE Cawangan MBIP. Kejohanan ini bukan sekadar medan beradu kemahiran tetapisebagai satu platform mengukuhkan persefahaman, mengeratkan hubungan silaturahim tanpa membezakan taraf jawatan dan usia disamping menggalakkan gaya hidup sihat serta membudayakan semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja MBIP.
ANULAE Cawangan MBIP telah menyediakan hadiah bagi kategori lelaki dan wanita serta hadiah bagi jatuhan pin tertinggi kepada peserta lelaki dan wanita serta cabutan bertuah. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman dibantu oleh AJK ANULAE Cawangan MBIP.
Senarai pemenang Kejohahan Tenpin Boling kali ke-3 ini adalah sepertimana berikut:
Hadiah Kategori Lelaki
Hadiah Kategori Wanita
Hadiah Jatuhan Pin Tertinggi

|
Kedudukan
|
Nama Pemenang
|
Hadiah
|
|
Johan
|
Zahari bin Sa’at
|
RM250 dan Piala
|
|
Naib Johan
|
Ahmad Ariffin bin Bukari
|
RM200 dan Piala
|
|
Ketiga
|
Mohd Faiz Akmal bin Amran
|
RM150 dan Piala
|
|
Keempat
|
Nasir bin Abd. Aziz
|
RM100
|
|
Kelima
|
Noor Azlan bin Mohamad
|
RM70
|
|
Keenam
|
Mohd. Rozaimi bin Mahat
|
RM50
|
|
Ketujuh
|
Nazrin bin Lokman
|
RM50
|
|
Kelapan
|
Mohd. Saiful Sazly bin Masood
|
RM50
|
|
Kesembilan
|
Aizuddin Akmal bin Na’aman
|
RM50
|
|
Kesepuluh
|
Khairul Azizi bin Azis
|
RM50
|
Hadiah Kategori Wanita
|
Kedudukan
|
Nama Pemenang
|
Hadiah
|
|
Johan
|
Fazadila binti Ahmad
|
RM250 dan Piala
|
|
Naib Johan
|
Rosanita binti Kadar
|
RM200 dan Piala
|
|
Ketiga
|
Salmeroha binti Mohamad
|
RM150 dan Piala
|
|
Keempat
|
Sharifah Faridah binti Syed Abd. Hamid
|
RM100
|
|
Kelima
|
Norazlin binti Badaron
|
RM70
|
|
Keenam
|
Nur Shaliza binti Mohamad Salleh
|
RM50
|
Hadiah Jatuhan Pin Tertinggi
|
Kategori
|
Nama Pemenang
|
Hadiah
|
|
Lelaki
|
Zahari bin Sa’at (207 pin)
|
RM50 dan Medal
|
|
Wanita |
Fazadila binti Ahmad (203 pin) |
RM50 dan Medal
|

ANUGERAH MAJIKAN PRIHATIN PERINGKAT BADAN BERKANUN & PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAHUN 2024 SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI PEKERJA CUEPACS 2024
| TARIKH |
: 2 MEI 2024 |
| TEMPAT |
: PUSAT KONVENSYEN MALIS BANDARAYA SHAH ALAM, SELANGOR |
“PEKERJA KESUMA BANGSA”
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah Majikan Prihatin Peringkat Badan Berkanun & Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2024 sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja Cuepacs 2024.
Anugerah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Steven Chee Keong, Menteri Sumber Manusia pada 2 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Semoga dengan penerimaan anugerah ini tadbir urus yang lebih prihatin, kebajikan pekerja, integriti dan amanah seiring tatakelola yang cemerlang terus menjadi amalan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

MESYUARAT AGUNG TRI TAHUNAN ANULAE CAWANGAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KALI KE-5 SESI 2023-2026

Mesyuarat Agung Tri Tahunan ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah diadakan pada 9 Ogos 2023 bertempat di Dewan Utama MBIP Medini dengan kehadiran ahli seramai 748 orang. Mesyuarat Tri Tahunan ANULAE telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar MBIP. Turut hadir bersama Puan Hajah Khasanah binti Sufa’at@Supaat, Setiausaha MBIP, Encik Norman bin Haji Taib, Setiausaha Agung ANULAE Semenanjung Malaysia yang juga merupakan Pengerusi CUEPACS Melaka, Encik Syed Alwi bin Suleiman, Pengerusi CUEPACS Negeri Johor, Encik Rahmat bin A. Majid, Setiausaha CUEPACS Negeri Johor yang juga merupakan Pengerusi ANULAE MBJB dan Encik Ahmed Fairouz bin Mohamed Dan, Bendahari CUEPACS Negeri Johor.
| TARIKH |
: 9 OGOS 2023(RABU) |
| MASA |
: 9.30 PAGI |
| TEMPAT |
: DEWAN UTAMA, MBIP MEDINI |

ANUGERAH CAWANGAN INOVATIF ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG KESATUAN, CAKNA, KREATIF DAN PRO-AKTIF BAGI SESI 2020-2023 PADA MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERSIDANGAN TRI-TAHUNAN ANULAE KALI KE-28

ANULAE Cawangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima Anugerah Cawangan Inovatif atas Pencapaian Cemerlang Kesatuan, Cakna, Kreatif Dan Pro-Aktif bagi Sesi 2020-2023 pada Majlis Makan Malam Sempena Persidangan Tri-Tahunan ANULAE Kali Ke-28.
Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato’ Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri dan Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor sebagai wakil rasmi Menteri Besar Johor. Anugerah ini telah diterima oleh Pengerusi ANULAE Cawangan MBIP, Tuan Haji Emrizal bin Abdul Rahman dan Encik Ahmad Zakwan bin Abdul Hamid sebagai wakil rasmi Datuk Bandar MBIP.

| TARIKH |
: 22-24 DISEMBER 2023 |
| TEMPAT |
: NEW YORK HOTEL, JOHOR BAHRU |