Takwim
Monday | Tuesday | Wednesday | Thursday | Friday | Saturday | Sunday |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
MBIP telah melaksanakan aktiviti plogging yang memfokuskan sepanjang Jalan Perkasa 3, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dengan bantuan seramai 27 orang yang terdiri daripada kakitangan MBIP, SWCorp, dan pemilik serta kakitangan Restoran 777 Fresh Mart Sdn. Bhd.
Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan fizikal, malah turut menyemai rasa tanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Nilai murni dalam mencintai alam sekitar ini harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian tidak mengira usia, tua atau muda..
Sebanyak 46kg sampah-sarap telah berjaya dikutip dan dikumpulkan di sepanjang jalan tersebut.
Diharap aktiviti plogging sebegini menjadi salah satu titik permulaan untuk menyedarkan komuniti setempat agar lebih prihatin terhadap kawasan persekitaran mereka.
