MENU

Pemahaman ke atas ciri-ciri geografi setempat kini menjadi lebih mudah. One MAP MBIP telah ditambah dengan koleksi imej UAV bagi kawasan SILC, Nusantara dan Gelang Patah.

Kini, sebanyak 28.6% kawasan pentadbiran MBIP telah diliputi dalam koleksi yang boleh dicapai secara atas talian.

Apa itu imej UAV?
UAV adalah singkatan bagi Unmaned Aerial Vehicle. Imej UAV adalah sejenis fotogrametri udara yang dicerap dengan menggunakan pesawat udara tanpa pemandu (drone).

 

Apa yang boleh dibuat dengan koleksi imej UAV?

1. Membantu dalam kawalan kerja-kerja bangunan;
2. Perancangan penyediaan infrastruktur setempat (Contoh : Tempat letka kenderaan);
3. Pengurusan bencana (Contoh: Aras bumi sebelum kejadian);
4. Pemetaan 3D bagi kawasan membangun.
 

Anda dapat mengakses ke koleksi MBIP melalui MAP 05 : Liputan Imej UAV: (https://link.mbip.gov.my/LitupanUAV)