Johor Bersih

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
2 Julai 2022 | Puteri Harbour, Iskandar Puteri


i. AKTIVITI PLOGGING JALAN ANGKAT (PJA) BERSEMPENA KEMPEN JOHOR BERSIH


Pelancaran Kempen Johor Bersih julung kalinya telah dilancarkan serentak di seluruh Negeri Johor pada tanggal 2 Julai 2022. Majlis pelancaran Kempen Johor Bersih di peringkat pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Marina Walk, Puteri Harbour dan Jalan Makmur 12, Taman Damai Jaya. Kempen Johor Bersih telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Dengan pendekatan dan sambutan yang menggalakkan, program berkenaan membuahkan hasil dimana hampir 300 tan sampah telah di kutip dan dibersihkan dalam tempoh setahun hanya di kawasan Johor Bahru sahaja. Slogan keramat ‘Johor Bersih’ merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi memupuk tabiat penjagaan kebersihan sebagai amalan kehidupan seharian mendapat reaksi positif oleh masyarakat tempatan yang berbilang agama dan bangsa. Dalam pada masa yang sama, Johor Bersih juga merupakan kempen kerajaan negeri di bawah Teras Kelima Agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar.


Rentetan menyahut slogan Johor Bersih, telah dilaksanakan aktiviti plogging yang dikenali sebagai Program Jalan Angkat (PJA) yang dijalankan pada setiap hari Ahad pada jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Program ini juga melibatkan kerjasama antara Agensi Kerajaan, NGO, Badan Berkanun dan penduduk setempat seperti Pejabat YB Exco Kerajaan Tempatan, YB Exco Alam Sekitar, Pejabat Daerah Johor Bahru, Jabatan Pengairan dan Saliran, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru, Pejabat Agama Daerah Johor Bahru, Polis Diraja Malaysia, MBIP, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Penerangan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam, SWCorp, SWM(E), Majlis Belia dan Southern Volunteers, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, SAJ, TNB, IIB dan lain-lain agensi.


ii. PROGRAM JOHOR BERSIH BERSAMA PEMIMPIN MUDA SEKOLAH ZON ISKANDAR PUTERI


PLOGGING4.png


Menyahut saranan Johor Bersih 100 hari, PUSPANITA Negeri Johor & Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Program Johor Bersih bersama Pemimpin Muda Sekolah Zon Iskandar Puteri. Seramai 187 orang pelajar dari 4 buah sekolah Zon Iskandar Puteri telah terlibat bagi memupuk kesedaran menjaga dan memelihara alam sekitar dalam kalangan pelajar sekolah. Turut hadir bersama Yang Dihormati Puan Sri Datin Dr Hajah Noor Azizah binti Abdul Latif, Pengerusi Puspanita Negeri Johor dan Yang Berbahagia Datin Hajah Norita binti Zaini, Pengerusi Puspanita MBIP . Pada hari tersebut telah diadakan Sesi senamrobik, taklimat pembuatan Mudball dan aktiviti PLOGGING bersama para pelajar sekolah. Program juga dimeriahkan dengan Majlis Perasmian Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Noble Young Leaders 2022 oleh Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri