Pengenalan
Pada 03 Mei 2017, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah melancarkan “Program Kelestarian Pendidikan Ke Arah Bandaraya”. Namun, program ini telah ditukarkan kepada Program Kelestarian Pendidikan Local Agenda 21 (LA21) pada 22 November 2017 bersempena penaiktarafan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.
Program Kelestarian Pendidikan Local Agenda 21 (LA21) menjadi salah satu inisiatif Jabatan Kesihatan Awam pada setiap tahun dalam meningkatkan kesedaran akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran. Program ini memfokuskan kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran MBIP dengan memberikan peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan amalan menjaga kelestarian alam sekitar.
Objektif
1. Meningkatkan kesedaran akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran.
2. Menggalakkan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan dan memberi manfaat kepada setiap pelajar.
3. Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
4. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dalam melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
5. Mewujudkan organisasi berinformasi dan inovatif.
Kriteria Penilaian
Penilaian Program Kelestarian Pendidikan LA21 adalah melalui sesi pengauditan yang dijalankan oleh ahli panel lantikan di sekolah-sekolah yang menyertai termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan , Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta Sekolah Agama mengikut kategori yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Awam iaitu:
i. Penghijauan
ii. Pengkomposan sisa pepejal
iii. Kitar semula
iv. Kebersihan kantin
v. Kebersihan tandas
Panel Penilaian

- • Jabatan Kesihatan Awam

• Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
• Pejabat Kesihatan Daerah Kulai

- SWM Environment Sdn. Bhd.

• Pej. Pendidikan Daerah Johor Bahru
• Pej. Pendidikan Daerah Kulai

• Pej. Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru
• Pej. Pendidikan Islam Daerah Kulai

• Cawangan Iskandar Puteri
* Jumlah panel penilai yang diperlukan adalah seramai 9 orang untuk setiap agensi yang terlibat.
Carta Perbatuan

Aktiviti/Program
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KELESTARIAN PENDIDIKAN LA21 TAHUN 2024
23 November 2024 | Sabtu
#KelestarianPendidikanLA21 #MajuJohor
#JohorBersih







23 November 2024 | Sabtu
Sebanyak 43 daripada 114 buah sekolah yang berada di bawah Kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil serta Sekolah Agama telah menyertai Program Kelestarian Pendidikan LA21 pada tahun 2024.
Sesi pengauditan telah dijalankan pada bulan Julai hingga Ogos 2024 yang dinilai oleh pihak panel penilai yang terdiri daripada pihak Jabatan Kesihatan Awam MBIP, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru/Kulai, Pejabat Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru/Kulai, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru/Kulai, SWCorp Cawangan Iskandar Puteri serta pihak konsesinya, SWM Environment Sdn. Bhd.
Majlis penyampaian anugerah ini telah disampaikan oleh Encik Shahrulizam bin Abd Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP bagi kategori Sekolah Agama, manakala anugerah bagi kategori Sekolah Kebangsaan/Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Jenis Kebangsaan telah disampaikan oleh YM Ungku Suzana binti Ungku Mohammad, Setiausaha MBIP.
Pihak MBIP berharap melalui program ini, pihak sekolah lebih komited dan memberikan sokongan dalam menjaga kebersihan persekitaran dan dapat melahirkan generasi yang berkualiti dan berinovatif,
#KelestarianPendidikanLA21 #MajuJohor
#JohorBersih






