Bandar Pembelajaran (Learning City)

Bandar raya Iskandar Puteri kini menuju ke arah pengiktirafan Bandar Pembelajaran Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun hadapan. Pengiktirafan daripada pertubuhan antarabangsa itu bertujuan untuk mewujudkan amalan baik dalam mempromosikan pendidikan yang berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua.


Bagi merealisasikan impian tersebut, satu Bengkel Persiapan Hala Tuju Menjadi Bandar Pembelajaran diketuai Sheikh Faisal Sheikh Mansor, perunding khas Bandar Pembelajaran UNESCO diadakan pada 24 dan 25 Mac lalu. Dihadiri 14 sekretariat yang dilantik bagi memastikan pelaksanaan program akan dilaksanakan, bengkel berkenaan membincangkan kesiapsiagaan Iskandar Puteri ke arah bandar raya yang diiktiraf. Terdahulu, perkara itu dimaklumkan YB Dato’ Mohd Haffiz Ahmad, Datuk Bandar MBIP dalam amanatnya pada Mesyuarat Penuh Bilangan 3/2024. Turut hadir, YBhg. Datuk Abdul Rashid Kasman, Ketua WHIP MBIP serta YBrs. Khasanah Sufa’at, Setiausaha MBIP.


BENGKEL PERSIAPAN DAN HALA TUJU ISKANDAR PUTERI KE ARAH BANDAR RAYA LEARNING CITY

24 & 25 Mac 2024 | Ahad dan Isnin


434194782_748953817417862_7687382790573952050_n.jpg

Bandar raya Pembelajaran atau Learning city adalah sebuah bandar raya yang menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk semua dimana Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mempunyai peluang yang besar dengan adanya komitmen, penyertaan dan penglibatan daripada komuniti serta pemegang taruh. Dengan proses pemantauan dan penilaian yang terancang, kecukupan dana, maka hal ini boleh memberi peluang dan ruang untuk semua mengikuti pembelajaran sepanjang hayat di Iskandar Puteri.


Bengkel Persiapan Hala Tuju menjadi Bandar raya Pembelajaran telah diadakan bagi membincangkan kesiapsiagaan ke arah bandar raya yang diiktiraf. Bengkel ini telah disampaikan oleh Tuan Sheikh Faisal Sheikh Mansor, Perunding Khas UNESCO Learning City dan dihadiri seramai 14 orang sekretariat yang telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan program-program yang akan dijalankan. Lantaran itu, Iskandar Puteri juga menuju ke pengiktirafan “UNESCO Learning City” pada tahun 2025. Pengiktirafan ini bertujuan bagi mewujudkan amalan baik dalam mempromosikan pendidikan yang berkualiti dan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.


434194762_748953814084529_6009603835833175200_n.jpg


434205047_748953807417863_6346886380260387241_n.jpg


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri