Jabatan / Unit Pesuruhjaya Bangunan
Carta Organisasi
|
FUNGSI UNIT PERSURUHJAYA BANGUNAN (COB)
|
- Memastikan senarai skim pemajuan berstrata (inventori) dalam kawasan Majlisdiwujudkan dan kemaskini.
- Memantau tindakan terhadap aduan-aduan berkenaan Pengurusan dan Penyelenggaraan, Mesyuarat Agung Tahunan dan Kewangan bagi skim pemajuan berstrata.
- Memperakui Pemfailan Jadual Petak yang dikemukakan oleh pemaju untuk skim pembangunan berstrata baru.
- Menguruskan pelantikan ejen pengurusan di bawah Seksyen 86, Akta 757.
- Memperakui ulasan teknikal bagi projek baru skim pemajuan berstrata kepada Unit OSC.
- Memperakui penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB)
- Menganjurkan sesi taklimat / seminar / mesyuarat khas kepada pihak Pemaju/ JMB/MC.
- Memastikan pelaporan dibuat kepada pihak KPKT dan agensi lain.
- Memastikan laporan pencapaian tahunan COB dibuat kepada pentadbiran MBIP.
- Menyelaras pemberian Peruntukkan / Subsidi / Geran / Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) daripada pihak kerajaan kepada skim pembangunan berstrata.
- Menyelaras urusan permohonan waran penahanan dari JMB/MC
- Meneliti penyediaan kertas siasatan.
- Memastikan pihak pengurusan bangunan /JMB/ MC supaya mempunyai akaun penyenggaraan dan akaun wang penjelas (sinking fund) yang beraudit.
- Menyelaras urusan kemasukan Deposit Membaiki Kecacatan Harta Bersama daripada pemaju
|
PIAGAM PELANGGAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)
|
BIL
|
PIAGAM PELANGGAN
|
TEMPOH
|
|
1
|
Memberikan maklumbalas/tindakan aduan pelanggan
|
14 hari bekerja
|
|
2
|
Mengeluarkan sijil perakuan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) selepas mematuhi syarat dan dokumen lengkap diterima
|
14 hari bekerja
|
SENARAI UNDANG-UNDANG, PERATURAN DAN PUNCA KUASA YANG TERLIBAT
- Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)
- Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
- Dasar-dasar MBIP yang berkaitan