Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
AKTIVITI PLOGGING DAN JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP)
12 Januari 2026 | Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai
Aktiviti plogging dan jalan angkat telah dijalankan di Jalan Bendahara 12, Taman Ungku Tun Aminah dengan kutipan sampah sebanyak 67kg. Program ini turut disertai oleh Ahli Majlis Zon 20, Puan Chuah Lee Hui, bersama wakil SWM Environment, komuniti setempat dan kakitangan MBIP.
Tampak luaran kawasan tersebut kelihatan bersih, namun masih terdapat sikap tidak bertanggungjawab segelintir orang awam yang membuang sampah di kaki lima jalan, seperti plastik, kertas dan kotak minuman. Namun, dengan kerjasama pihak yang terlibat, kawasan tersebut telah dibersihkan dengan tujuan untuk menyedarkan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang awam diseru agar lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan persekitaran demi kesejahteraan bersama.

