Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
ECO CAN BIN: INISIATIF KITAR SEMULA PINTAR DEMI KELESTARIAN ISKANDAR PUTERI
Projek Eco Can Bin yang ditempatkan di Sutera Mall merupakan satu inisiatif mesin kitar semula pintar yang dilaksanakan dengan sokongan Geran Iskandar Puteri Rendah Karbon di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), bertujuan memperkukuh amalan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan teknologi hijau. Projek ini bertujuan menggalakkan amalan kitar semula tin aluminium dalam kalangan masyarakat melalui pendekatan teknologi dan pendidikan interaktif. Pengguna hanya perlu memasukkan tin aluminium ke dalam mesin sebelum menyertai permainan digital dan aktiviti berunsur kesedaran alam sekitar, sekali gus menjadikan proses kitar semula lebih berkesan dan mesra pengguna.
Pelaksanaan projek Eco Can Bin ini turut melibatkan kolaborasi strategik bersama pihak pengurusan Sutera Mall sebagai rakan lokasi serta Kiwanis Care Heart Centre sebagai penerima sumbangan daripada hasil penjualan tin yang berjaya dikumpul. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersepadu antara pihak berkuasa tempatan, sektor swasta dan organisasi kebajikan dalam memperkukuh agenda kelestarian serta tanggungjawab sosial korporat di Iskandar Puteri.


