Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN PEMANTAUAN TAPAK KERJA TANAH BERDEBU
Taman Pulai Duta 2, Scientex Pulai
Lawatan pemantauan telah dijalankan ke tapak projek Taman Pulai Duta 2, Scientex Pulai pada bagi menilai tahap pematuhan kawalan alam sekitar, khususnya berkaitan isu debu hasil kerja tanah yang sedang dilaksanakan.
Hasil lawatan mendapati beberapa tindakan segera perlu dilaksanakan oleh pihak pemaju bagi memastikan keselamatan, kebersihan serta kesejahteraan penduduk sekitar sentiasa terpelihara. Antara keputusan dan tindakan yang telah diarahkan adalah seperti berikut:
1. Kawalan Debu
Pihak pemaju hendaklah memastikan lori water bowser sentiasa beroperasi bagi mengawal debu sepanjang tempoh aktiviti kerja tanah dijalankan.
2. Kebersihan Jalan
Keadaan jalan di kawasan pintu masuk tapak pembinaan mestilah sentiasa bersih dan bebas daripada tanah atau debu yang boleh mengganggu pengguna jalan raya.
3. Pembinaan Wash Trough
Pihak pemaju perlu membina wash trough bagi tujuan mencuci tayar lori dan jentera yang keluar masuk tapak pembinaan.
4. Pembinaan Hoarding dan Safety Netting
Pembinaan dan penyiapan hoarding serta safety netting seperti yang diarahkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 3 hari, bermula 9 Januari 2026 hingga 11 Januari 2026.
Kegagalan mematuhi tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan tindakan selanjutnya diambil oleh pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Pihak MBIP akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua arahan dipatuhi selaras dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.


