KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
MAJLIS AMANAT DATUK BANDAR & IKRAR BEBAS RASUAH MBIP TAHUN 2026
19 Januari 2026 | Dewan Utama, Bangunan Temenggong Ibrahim

Majlis Amanat Datuk Bandar dan Ikrar Bebas Rasuah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi Tahun 2026 telah berlangsung dengan penglibatan seluruh warga kerja MBIP. Majlis dimulakan dengan taklimat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor berkaitan Jenayah Kolar Putih dan Pencegahan Rasuah Dalam Perolehan sebagai usaha memperkukuh kefahaman serta budaya integriti dalam perkhidmatan awam.
Amanat telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP, yang menekankan kepentingan kesatuan pasukan, disiplin kerja dan integriti sebagai teras utama kecemerlangan organisasi. Beliau turut menyeru seluruh warga kerja MBIP agar melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab, berakauntabiliti serta sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap tugasan demi memastikan pembangunan Iskandar Puteri yang mampan dan sejahtera.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia TPj Hairuzam Bin Mohmad Amin @ Hamim, Pengarah SPRM Negeri Johor bagi sesi bacaan ikrar dan tandatangan Ikrar Bebas Rasuah.
Penyampaian sijil penghargaan kepada warga kerja MBIP yang melaporkan salah laku rasuah serta pengenalan warga kerja baharu MBIP turut menjadi simbol iltizam bersama dalam membudayakan nilai integriti dan tadbir urus yang telus.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri