KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN (FIRE DRILL) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
16 Januari 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim, MBIP

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah melaksanakan Latihan Kebakaran dan Kecemasan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Iskandar Puteri. Latihan melibatkan penyertaan seramai 12 orang anggota JBPM dan warga kerja MBIP bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta pemahaman terhadap prosedur keselamatan dan tindakan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran.
Latihan dimulakan dengan demonstrasi penyelamatan mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan, khususnya dalam situasi mangsa tidak sedarkan diri atau berada dalam keadaan berisiko. Anggota bomba telah mempamerkan prosedur penyelamatan yang selamat dan sistematik, merangkumi teknik membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas, kaedah mengeluarkan mangsa dengan berhati-hati serta pemberian rawatan awal yang sewajarnya.
Selain itu, sesi taklimat keselamatan turut disampaikan bagi memberikan pendedahan mengenai tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran serta langkah-langkah menyelamatkan diri. Anggota JBPM juga telah memberi tunjuk ajar secara praktikal kepada kakitangan MBIP berkaitan penggunaan alat pemadam api bagi mengawal kebakaran kecil serta prosedur yang perlu dipatuhi dalam situasi kecemasan kebakaran.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Keselamatan Kebakaran, seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan latihan ini dengan jayanya.






PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri