Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
22 Januari 2026 | Bilik Gerakan, Tingkat 1, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Delegasi diketuai oleh Puan Nurulain binti Rahmat, Pengarah Kesihatan Awam, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dan turut melibatkan delegasi Ahli Jawatankuasa Keselamatan (JKK) MBIP.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan serta perkongsian amalan terbaik berkaitan aspek keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan oleh pihak MBPJ.
Delegasi MBIP telah disambut oleh Encik Mohd Zaim bin Mohd Nor, Penolong Pengarah, Unit Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Lawatan ini dimulakan dengan sesi perkongsian dan perbincangan berkaitan pengurusan keselamatan dan pemeliharaan alam sekitar, khususnya amalan terbaik yang dilaksanakan oleh MBPJ dalam mewujudkan persekitaran yang selamat, bersih dan mampan.
MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak MBPJ atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang bernilai. Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak serta menyumbang kepada penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan.




