KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
PROGRAM KITAR SEMULA PANDU LALU @ DRIVE TO SAVE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI 2026
17 Januari 2026 | Hutan Bandar MBIP, Mutiara Rini

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama rakan strategik, CBH Recycle (M) Sdn Bhd serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor telah berjaya menganjurkan Program Kitar Semula Pandu Lalu @ Drive To Save yang bertempat di Hutan Bandar Mutiara Rini.
Menerusi program ini, sebanyak 4,318kg barangan kitar semula telah berjaya dikumpulkan merangkumi plastik, kertas, kadbod, besi, minyak masak terpakai, e-waste dan pelbagai bahan lain. Usaha ini secara tidak langsung telah menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 12,413.68CO2 faktor karbon.
Program ini diperkenalkan sebagai alternatif penyelesaian terhadap isu pembuangan sampah yang kini berleluasa di kawasan pentadbiran MBIP. Melalui konsep pandu lalu dan pendekatan Waste To Wealth (WTW), komuniti hanya perlu menghantar barangan kitar semula tanpa perlu turun dari kenderaan, sekali gus menjadikan amalan kitar semula lebih mudah, selamat dan mesra pengguna.
Selain itu, program ini turut berperanan sebagai platform pendidikan kepada komuniti, khususnya kanak-kanak, dalam membentuk kesedaran awal tentang kepentingan mengasingkan sisa mengikut kategori serta memupuk amalan gaya hidup lestari sejak usia muda.
Penganjuran program ini juga bertujuan meningkatkan tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat serta memberi peluang kepada orang ramai untuk mengambil tindakan positif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.
MBIP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang telah memberikan sokongan dan penyertaan dalam menjayakan program ini, sekali gus bersama-sama mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memastikan bumi yang lebih sihat untuk generasi masa hadapan.
JOM KITAR SEMULA



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri