Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PEMBERSIHAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DALAM KAWASAN MBIP
Kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan landskap sedang dilaksanakan secara berperingkat di beberapa lokasi dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Antara skop kerja yang dijalankan merangkumi pembersihan kawasan, pemotongan rumput, cantasan pokok renek, merumpai, menggembur tanah serta cucian landskap kejur. Semua kerja ini dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik mengikut jadual penyelenggaraan yang telah ditetapkan bagi memastikan tahap kebersihan dan keceriaan landskap sentiasa berada pada keadaan optimum.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen MBIP dalam menyediakan persekitaran bandar yang bersih, selesa, kondusif dan lestari untuk kesejahteraan bersama.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor


