Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP: PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK BERISIKO
Kerja-kerja penebangan dan cantasan pokok berisiko sedang dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Tindakan ini dijalankan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP bersama kontraktor yang dilantik, berdasarkan aduan orang awam serta pemeriksaan berkala oleh Jabatan Landskap. Fokus utama kerja-kerja ini adalah bagi mencegah sebarang insiden yang boleh menjejaskan keselamatan, khususnya kepada pengguna jalan raya dan penduduk setempat.
Penyelenggaraan pokok tertumpu di laluan utama serta kawasan perumahan awam bagi memastikan pokok berada dalam keadaan sihat, stabil dan selamat. Jabatan Landskap MBIP komited dalam mengekalkan keseimbangan antara kelestarian alam sekitar dan keselamatan awam melalui penilaian risiko serta pemantauan berterusan.
YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor



