Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
LAWATAN WANITA BERDAYA SELANGOR KE MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI
26 Januari 2026 | Bangunan Temenggong Ibrahim
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menerima lawatan rasmi daripada delegasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang diketuai oleh Puan Hezreen Mazura binti Jamel, Penolong Pengarah Kanan Majlis Perbandaran Kajang.
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan inisiatif Bandar Rendah Karbon yang dilaksanakan oleh MBIP, merangkumi pendekatan perancangan mampan, pengurusan alam sekitar serta peranan komuniti dalam menyokong agenda kelestarian bandar. Sesi diteruskan dengan perbincangan dua hala dan soal jawab (Q&A) yang memberi ruang pertukaran pandangan serta perkongsian amalan terbaik antara kedua-dua pihak.
Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuhkan jaringan kerjasama, memberi manfaat dari segi perkongsian ilmu dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pelaksanaan inisiatif lestari yang lebih inklusif dan berimpak tinggi pada masa hadapan.

