KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Januari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
   
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
 
MBIP PERKUKUH PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN BERSAMA YB EXCO NEGERI JOHOR
27 Januari 2026 | Iskandar Puteri, Johor

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah mengadakan Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan bersama YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, bersama YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta agensi yang berkaitan selaras dengan Aspirasi Maju Johor 2030 yang menekankan tadbir urus berkesan, pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Antara lokasi yang dilawati ialah Tapak Projek di Nusa Bayu yang melibatkan pemantauan kerja tanah dan jalan pintas Nusa Bayu–Laman Setia, serta Projek Pembangunan Sekitar Kampung Sungai Melayu yang memberi fokus kepada pematuhan pelaksanaan projek serta kawalan pencemaran sungai dan alam sekitar demi keseimbangan pembangunan dan kelestarian.
Lawatan turut merangkumi kawasan Kampung Sungai Melayu bagi taklimat ringkas pengoperasian. Seterusnya, pemantauan Projek Kolam OSD di Jalan Hang Tuah dan Jalan Zapin, Skudai yang dikenal pasti sebagai hotspot banjir. Delegasi turut melawat Medan Selera Jalan Kebudayaan, Taman Universiti sebelum mengakhiri lawatan di Flat Kenari Kangkar Pulai menerusi Lawatan Program Bangsa Johor Bahagia bersama pihak UTM.
Diharapkan hasil lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara MBIP, agensi teknikal dan pihak berkepentingan ke arah pelaksanaan pembangunan yang terancang dan mampan, seiring matlamat menjadikan Johor sebuah negeri maju, berdaya saing dan sejahtera menjelang 2030.



PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri