Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
KURSUS TRANSFORMASI KOMPOSISI TUBUH
27-28 Disember 2026 | Gimnasium Rakyat, TMIYC Iskandar Puteri
Kursus Transformasi Kondisi Tubuh telah berjaya dilaksanakan pada 27 Januari 2026 (Selasa) hingga 28 Januari 2026 (Rabu) dengan penyertaan seramai 43 orang kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
Kursus ini telah diisi dengan perkongsian ilmu kesihatan, ceramah kecergasan serta sesi latihan fizikal yang disampaikan oleh Dr. Syahrul Ridhwan bin Morazuki, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi, UTM bersama Puan Nur Anis Syahidah binti Abdul Aziz, jurulatih kecergasan serta Encik Wan Mohd Khairulnizam bin Mohd Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, MBIP.
Bertempat di Gimnasium Rakyat TMIYC, Iskandar Puteri, kursus ini bertujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.
Diharapkan kursus ini dapat memberi manfaat berterusan dan menjadi pemangkin ke arah kesejahteraan fizikal, mental serta produktiviti kakitangan MBIP.

