Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
KURSUS MODUL PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH (MPGIA) MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI BAGI TAHUN 2026
28-29 Januari 2026 | Pulai Spring Resort
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melalui Unit Integriti telah menganjurkan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) Bagi Tahun 2026.
Kursus ini telah dikendalikan oleh panel penceramah dari Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu Ps Muhammad Rashidie bin Ismail, KPKPs Mohd Rajib bin Adam serta PKPs Muhammad Hafizi bin Othman.
Penganjuran kursus ini bertujuan untuk melahirkan warga kerja MBIP yang berintegriti, amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas. Di samping itu, kursus ini juga memberi pendedahan dan pengetahuan asas bagi meningkatkan tahap integriti, pencegahan rasuah serta pematuhan terhadap tatakelakuan warga kerja MBIP.
Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus ini, terdiri daripada 30 orang daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 30 orang daripada Kumpulan Pelaksana MBIP. Diharapkan agar pelaksanaan kursus ini secara berterusan dapat meningkatkan kesedaran serta mengukuhkan budaya integriti dalam kalangan warga kerja MBIP.

