Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
OPERASI PEMERIKSAAN PREMIS PERNIAGAAN JABATAN PENGUATKUASAAN MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI (MBIP) BERSAMA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA (JIM)
Satu operasi pemeriksaan premis perniagaan melibatkan warga asing telah dijalankan oleh Unit Tindakan Khas, Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sekitar kawasan pentadbiran MBIP.
Sepanjang operasi tersebut, pihak JIM telah menahan 17 orang warga asing.Anggota penguatkuasa juga telah mengeluarkan 01 Notis Henti Niaga kepada premis atas kesalahan tidak memiliki lesen MBIP.
MBIP akan terus melaksanakan operasi dan tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan semua pemilik perniagaan mematuhi peruntukan undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.


