Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
CAR FREE NIGHT ISKANDAR PUTERI 2026
7 Februari 2026 | Dataran Laksamana, Bandar Medini, Iskandar Puteri
Program Car Free Night 2026 dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh interaksi komuniti serta menyokong aspirasi Maju Johor dan Tahun Melawat Johor 2026.
Pengunjung yang hadir berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik antaranya food truck, roller blade, car boot sales, skuter elektrik, brisk walk dan fun ride dalam suasana bandar tanpa kenderaan yang lebih selamat dan santai.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Tambi Omar bin Latip, Setiausaha Ahli Majlis MBIP serta Encik Shahrulizam bin Abdul Rashid, Timbalan Setiausaha MBIP, barisan ahli majlis MBIP dan warga kerja MBIP serta komuniti setempat.
Diharapkan penganjuran program ini dapat terus memupuk kesedaran terhadap mobiliti lestari, kesejahteraan komuniti serta memperkukuh Iskandar Puteri sebagai bandar progresif dan berdaya huni.





