Takwim
| Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahad |
|---|---|---|---|---|---|---|
1 | ||||||
2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN LANDSKAP BAGI PENEBANGAN DAN CANTASAN POKOK
Lokasi:
TAMAN BUKIT INDAH
JALAN CHANGKAT INDAH, TAMAN BUKIT INDAH
JALAN PERSISIRAN SUTERA, TAMAN SUTERA
JALAN KEMULIAAN, JALAN KEBANGSAAN TAMAN UNIVERSITI
JALAN TEKNOLOGI 5, TAMAN TEKNOLOGI
JALAN JALAN BUKIT IMPIAN, TAMAN IMPIAN EMAS
JALAN PERKASA, TAMAN UNGKU TUN AMINAH
JALAN PALAS, TAMAN TERATAI
TINDAKAN:
Kerja-kerja penebangan dan cantasan pokok berisiko oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP dan Pihak Kontraktor.
Kerja-kerja cantasan dan penebangan pokok-pokok berisiko sedang giat dijalankan berdasarkan aduan orang awam dan pemeriksaan secara berkala oleh Jabatan landskap. Tindakan ini dilaksanakan oleh Unit Tebang Cantas (UTC) MBIP dan kontraktor yang dilantik oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) bagi mencegah sebarang insiden yang tidak diingini, khususnya melibatkan keselamatan pengguna jalan raya.
Kerja-kerja penyelenggaraan pokok tertumpu di lokasi-lokasi awam seperti laluan utama dan kawasan perumahan, dengan objektif memastikan pokok berada dalam keadaan sihat dan stabil, seterusnya mengurangkan risiko kepada orang awam.
Pihak Jabatan Landskap MBIP sentiasa komited dalam memastikan keseimbangan antara kesihatan pokok dan keselamatan awam berada pada tahap optimum. Penilaian risiko dan kesihatan pokok dijalankan secara berterusan bagi mengekalkan kelestarian hidup dalam kawasan pentadbiran MBIP.
YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi
YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor



