KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
 
BENGKEL PROSPEK PENERIMA GERAN KOMUNITI ISKANDAR PUTERI RENDAH KARBON 6.0
10 Februari 2025 | Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon merupakan salah satu inisiatif MBIP untuk memperkasa penglibatan komuniti dan rakan strategik dalam melaksanakan projek rendah karbon yang memberi impak positif kepada alam sekitar serta kesejahteraan bandar.
Seiring dengan inisiatif ini, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah menganjurkan Bengkel Khas Prospek Bersama Penerima Geran Iskandar Puteri Rendah Karbon yang melibatkan seramai 48 orang peserta daripada pelbagai agensi, institusi, NGO dan komuniti.
Bengkel ini memberi peluang kepada prospek yang berminat memohon geran untuk duduk berbincang bersama MBIP, menyelaraskan idea projek agar selari dengan hala tuju bandar serta menambah baik cadangan melalui sesi perbincangan dan perkongsian pandangan secara bersama.
Antara agensi dan organisasi yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Iskandar Puteru (MBIP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), IRDA, SWM, JPNJ, UiTM, Iskandar Malaysia Studios, Terra Green, Temu Laras, IPAC, UTeM, Sunway City Iskandar Puteri serta wakil NGO dan komuniti setempat.
Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan berkongsi idea. Semoga usaha kolaboratif ini terus memperkukuh agenda Iskandar Puteri sebagai Bandar Rendah Karbon


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri