KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
 
PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KUBUR SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
14 Februari 2026 | Tanah Perkuburan Bukit Rodziah, Gelang Patah

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah menganjurkan Program Gotong-Royong Membersihkan Kubur sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan, kesukarelawanan dan keprihatinan terhadap kebersihan kawasan komuniti. Program ini berlangsung dengan penuh kerjasama dan semangat muafakat, sekali gus mengeratkan hubungan antara agensi, pertubuhan serta masyarakat setempat.
Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri bersama Encik Yusli bin Yusof, Ahli Majlis Zon Gelang Patah; Tuan Haji Ezahar bin Hj. Abu Sairin, Setiausaha MBIP; Tuan Haji Muhammad Azfar bin Dato’ Hj. Mohd Noh, Penghulu Mukim Jelutong; serta Encik Ruziman bin Rahmat, Pengarah Pembangunan Masyarakat.
Turut bersama menjayakan program ialah Southern Volunteers Iskandar Puteri, PUSPANITA MBIP, Persatuan Geng Kubur Gelang Patah dan komuniti setempat. Inisiatif seperti ini selaras dengan semangat Local Agenda 21 (LA21) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang menekankan kerjasama komuniti, kelestarian persekitaran dan kesejahteraan sosial.
Semoga usaha sebegini dapat diteruskan bagi memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan serta keharmonian komuniti.


PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri