KALENDAR AKTIVITI

Takwim
Februari 2026
IsninSelasaRabuKhamisJumaatSabtuAhad
      
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
 
LAWATAN TURUN PADANG MENINJAU OPERASI BAZAR RAMADAN NUSA PERINTIS BERSAMA YB EXCO PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR
19 Februari 2026 | Bazar Ramadan Nusa Perintis

YB Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Dato’ Haji Jafni Md Shukor bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar MBIP serta Encik Yusli bin Yusof, Ahli Majlis Zon 9 : Gelang Patah telah turun padang meninjau operasi Bazar Ramadan Nusa Perintis.
Lawatan ini bertujuan memastikan pengurusan bazar berjalan dengan teratur, bersih, selamat dan memberi manfaat kepada peniaga kecil tempatan serta pengunjung sekitar Iskandar Puteri. Pendekatan turun padang ini selaras dengan penekanan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, bahawa setiap inisiatif ekonomi rakyat mesti dipantau terus di lapangan, bukan sekadar di atas kertas.
Untuk tahun 2026, Kerajaan Negeri Johor melalui semua PBT termasuk MBIP menetapkan yuran tapak bazar tidak melebihi RM500 sebagai langkah membela peniaga kecil dan mengurangkan tekanan kos sara hidup. Pada masa yang sama, harga makanan mestilah berpatutan agar rakyat dapat menikmati juadah Ramadan dengan nilai yang terbaik.
YB Exco Dato’ Jafni turut menegaskan bahawa semua aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan adalah dilarang sama sekali kepada warga asing, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tindakan tegas ini akan diteruskan sepanjang Bazar Ramadan 2026 bagi memastikan peluang ekonomi kekal milik rakyat tempatan.
Sepanjang lawatan di Bazar Ramadan Nusa Perintis, aspek susun atur gerai, aliran pengunjung, kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan syarat lesen turut diteliti. Secara keseluruhannya, harga makanan yang ditawarkan adalah berpatutan dan munasabah. MBIP mengingatkan bahawa sebarang cubaan memindah milik atau menyewakan lesen kepada pihak ketiga termasuk warga asing merupakan pelanggaran serius dan boleh dikenakan pembatalan lesen serta penutupan gerai serta-merta.
MBIP amat menghargai semangat peniaga kecil yang tetap cekal berniaga meskipun berdepan cabaran cuaca pada hari pertama Ramadan. Keprihatinan terhadap nasib peniaga kecil ini sentiasa menjadi keutamaan dalam memastikan ekonomi rakyat terus dibela dan diperkasa.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan terus memastikan Bazar Ramadan kekal sebagai ruang ekonomi rakyat tempatan yang bersih, adil dan beretika. Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan dan kerjasama orang ramai amat dialu-alukan untuk menyalurkan aduan sekiranya terdapat pelanggaran syarat.





PAUTAN AGENSI

Paparan terbaik menggunakan pelayar terkini seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Opera & Safari dengan resolusi minimum 1280 X 720 piksel

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Iskandar Puteri